Kelas Microsoft Office – Publisher & Advokasi

22 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2020 iaitu pada sebelah petang, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Publisher. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran dan pengetahuan penggunaan Microsoft Publisher melalui peperiksaan (test). Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, peserta menjalani peperiksaan untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan penggunaan Microsoft Publisher sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran penggunaan Microsoft Publisher.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu buli siber. Para peserta didedahkan dengan maksud, cara mengenali pembuli siber dan tindakan yang harus diambil sekiranya mengalami situasi buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali